JellyPages.com

Total Pageviews

Selamat Datang ke blog Mya Miera Amiera

welcome to my blog




Thursday 20 September 2018

CHIA SEED????

Hye hellooo,,

apa khabar semua.. okey harinie nak cerita sikit berkenaan makanan..haha
Dalam beberapa minggu lepas akak ade lah terminum sesuatu yang dalam nya terdapa biji chia seed. Nak kate sedap tu tak lah jugak sebab dia takde apa-apa rasa pun. Akak boleh cakap yang chia seed nie rasa dia sama macam biji selasih.. cuma cuma cuma.... dia teramat banyak lah benefit. Nak tahu rupa dia meh hakak tunjuk kat bawah.


Ini dia chia seed.. satu makanan yang teramat baik untuk kesiahatan yang masih tak ramai orang tahu. Chia seed nie tak susah pon nak cari.. dalam mall pon ade kalau tak silap akak.. kalau letak dalam sirap pon boleh.. sebab ade antara mereka yang letak dalam jus.. kalau letak dalam air sirap maka rasa lah dia seperti biji selasih... cuma chia seed nie tak lah murah tapi tak jugak mahal. Akak suke chia seed nie pon sebab nak pastikan akak digestion well. hihi

okey kat bawah nie hakak explain sikit apa dia benefit Chia Seed.. 

  1. Kulit dan Penuaan
Terdapat researcher di Mexico yang menemukan bahawasanya Chia seed mempunyai kepekatan Pheonic (antioxidants) yang semulajadi dua kali lebih tinggi daripada yang penah dilaporkan sebelum ini. Sepertimana yang kita tahu tujuan antioxidants ini adalah untuk menghentikan aktiviti radikal bebas. Dan chia seed mampu untuk menghentikan sehingga 70% aktiviti radikal bebas dimana mempunyai antioxidants yang tinggi dimana ia juga mampu mempercepat sistem pembaikan kulit dan mencegah kerosakan selanjutnya. Chia Seed juga mampu untuk mencegah penuaan kulit pramatang akibat keradangan dan kerosakan radikal bebas. 
So,, kalau nak awet muda boleh cuba Chia Seed.... 

     2. Pencernaan

Chia seed adalah serat yang sangat tinggi dimana ia memberikan hampir 11 gram per auns. Setiap hidangan adalah sama dengan serat yang disyorkan untuk diambil setiap hari. Serat adalah penting untuk keupayaan tubuh menyeimbangkan tahap insulin dalam badan. Chia seed boleh menjadi penyeimbang gula darah semulajadi kerana kandungan serat yang tinggi disamping mempunyai lemak yang sihat. Selain jumlah serat yang tinggi Chia seed juga menghasilkan kesuburan usus dan najis yang sihat serta membantu individu tersebut untuk berasa lebih kenyang karana ia mampu menyerap sejumla besar air dan segera mengembang di dalam perut setelah dimankan. Ini bererti Chia seed mampu mengaasi kelaparan, mengurangkan selera makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.

   3. Keisihatan Jantung

Keupayaan Chia seed untuk membalikkan keradangan, mengawal kolestrol dantekanan darah yang lebih rendah menjadikannya sangat bermanfaat untuk diambil untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa Chia seed terbukti dalam menguatkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kesihatan jantung. Ia mampu meningkatkan kolestrol sihat di masa yang sama mampu mengurangkan jumlah kolestrol dalam badan.

    4. Kekuatan Tulang

Hanya satu ons Chia seed mempunyai kira-kira 18 peratus kalsium harian yang disyorkan. Kalsium adalah penting untuk kesihatan tulang. Tambahan pula Chia seed mangandungi boron, yang merupakan salah satu nutrisi penting untuk tulang yang sihat. Boron membantu metabolisme kalsium, magnesium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan otot yang sihat.

     5. Melawan Kanser Payudara dan Kanser Serviks

Chia seed yang kaya dengan asid alpha lipoic (atau ALA), yang merupakan asid lemak Omega-3. Pada tahun 2013 Jurnal Biokemia mendapati bahawa ALA mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser di payudara dan serviks. Penyelidik juga mendapati bahawa ia mematikan sel-sel kanser tanpa merosakkan sel yang sihat.




ini contoh Chia Seed yang dijual. Boleh cuba cari dan beli ye.. Moga kebaikan dapat kita kongsi bersama...