- Kulit dan Penuaan
Chia seed adalah serat yang sangat tinggi dimana ia memberikan hampir 11 gram per auns. Setiap hidangan adalah sama dengan serat yang disyorkan untuk diambil setiap hari. Serat adalah penting untuk keupayaan tubuh menyeimbangkan tahap insulin dalam badan. Chia seed boleh menjadi penyeimbang gula darah semulajadi kerana kandungan serat yang tinggi disamping mempunyai lemak yang sihat. Selain jumlah serat yang tinggi Chia seed juga menghasilkan kesuburan usus dan najis yang sihat serta membantu individu tersebut untuk berasa lebih kenyang karana ia mampu menyerap sejumla besar air dan segera mengembang di dalam perut setelah dimankan. Ini bererti Chia seed mampu mengaasi kelaparan, mengurangkan selera makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.
3. Keisihatan Jantung
Keupayaan Chia seed untuk membalikkan keradangan, mengawal kolestrol dantekanan darah yang lebih rendah menjadikannya sangat bermanfaat untuk diambil untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa Chia seed terbukti dalam menguatkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kesihatan jantung. Ia mampu meningkatkan kolestrol sihat di masa yang sama mampu mengurangkan jumlah kolestrol dalam badan.
4. Kekuatan Tulang
Hanya satu ons Chia seed mempunyai kira-kira 18 peratus kalsium harian yang disyorkan. Kalsium adalah penting untuk kesihatan tulang. Tambahan pula Chia seed mangandungi boron, yang merupakan salah satu nutrisi penting untuk tulang yang sihat. Boron membantu metabolisme kalsium, magnesium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan otot yang sihat.
5. Melawan Kanser Payudara dan Kanser Serviks
Chia seed yang kaya dengan asid alpha lipoic (atau ALA), yang merupakan asid lemak Omega-3. Pada tahun 2013 Jurnal Biokemia mendapati bahawa ALA mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser di payudara dan serviks. Penyelidik juga mendapati bahawa ia mematikan sel-sel kanser tanpa merosakkan sel yang sihat.